RSS

Hari Raya..Kad Raya..Nostalgia..

Salam,

Dam dam dum bunyi mercun..Lagu raya berkumandang..biskut dan kuih-kuih raya laris di pasaran..gedung-gedung pakaian tak putus pengunjungnya.. Fenomena yang menyemarakkan lagi suasana hari raya yang bakal tiba tak kurang daripada seminggu lagi. Anda bagaimana? sudeh bersiap sediakah..hehe

Dalam kekalutan dan kegembiraan untuk menyambut hari raya, pasti ada yang berduka cita, sedih seketika memikirkan bulan Ramadahan yang mulia penuh barakah bakal meninggalkan kita. Mungkin kah kita akan ketemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang? Hanya Allah yang tahu..Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti,upgrade keimanan ketakwaan dan kesyukuran dalam jiwa hamba-hamba yang Maha kuasa.

InsyaAllah malam ini aku akan berangkat pulang ke kampung halaman yanr tercinta. Bagaimana dengan anda semua? bagi yang akan pulang ke tanah tumpah kelahiran, selamat semuanya aku harapkan. Moga dipermudah perjalanan dan selamat sampai ke destinasi. Bagi mereka yang tak dapat pulang, jangan bersedih hati. Tabahkan jiwa, ketidak pulangan mu bukan kerna saja-saja, mungkin ada kekangan yang tak dapat dielakan. Bergembira lah walau di mana anda berada di pagi mulia.

Actually, aku nak kongsi sedikit pasal kad raya. Mungkin kini kad raya kurang mendapat sambutan dihati orang perseorangan pada saat dan ketika ini. Kenapa ye? ada kawan aku cakap, dunia dah moden la eni, tak main la pos kad raya ni, Sms mms je, kalau tak pon hantar je digital kad raya melalui facebook,friendster dan sewaktu dengan nya.Lagi mudah, pantas,jimat ye tak. Tapi bagi aku kad raya itu sendiri mempunyai nilai sentimentalnye yang tersendiri.

Kalau zaman sekolah-sekolah dulu or zaman kanak-kanak la kan, tyme bulan puase dekat-dekat nak raye tu, peti surat pasti menjadi tempat paling gemar dikunjungi.huahuahua..mana la tau kan ade kawan pos kad raya. Tup Tup ade kad untuk kite tu, hati ni punya la melonjak meloncat kegembiraan.. hey hey hey dapat kad raya.Kalau tak pon ade je yang kasi dalam kelas waktu sekolah..huhuhu..pastu siap kira lagi kad raya sapa paling banyak, Then, gantung kat dinding..huuu..kenangan...

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas,

pecah kaca pecah tong
sudah baca harap gantung,

wihihihi pantun yan biasa digunakan dalam kad raye...

Dapat kad raya tak sama perasaanya dengan dapat sms or mms raya. lainnnnn...
Kad raya ni, memag khas dibeli dan dipos kan untuk kite, tapi sms or mms tu main forward-forward je..tak best sangat.kadang-kadang dapat yang same je.huhu.Tapi ape-ape bentuk ucapan, asalkan ikhlas sudehhh kan. Maknanya sender tu masih ingat kat kite..hehehe

Owkey lah...dikesempatan ini, diriku ini hendak memohon berjuta lemon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini. Mungkin pernah melakukan kesilapan tak kira lah dari segi kata-kata, perbuatan, mahupun gangguan emosi dan jiwa secara sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya diriku ini hanya insan biasa yang tak akan pernah bebas daripada melakukan kesilapan. Maaf kan aku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat semua.InsyaAllah~






Tahun ni dapat dua kad raya..Dah cukup hepi,pengubat hati yang nak sangat kad raye ni..hikhik..thanks cik ecah my housemate and cik Asmahani my coursemate~

Tag Daripada Saiyid (^^,)v

Nama timangan
eniey,kak eniey,dik yun, mc pong~olalalala http://www.emocutez.com

Anda seorang yang

Aman damai,kadang-kadang putus fius,ade tyme boleh jd siyes,hepi go lucky dan sewaktu dengannya.Nak tau syiapa saya?Bolehlah berkenalan dengan lebih mendalam lagi.Jangan malu jangan segan.wihihi~

Lagu kesukaan

Banyak..sebab aku ni memang suke dengar lagu. Mendownlod lagu.Semua layan, asalkan best.Tapi baru-baru ni aku suke dengar lagu Asma Allah alunan Sami Yusof..Lagu temA JEJAK RASUL..hoho..menusuk kalbu..tak percaya? cube la dengar.Hayati...


Food kesukaan anda

Suke makan ayam.Ayam masak ape-ape pon sedap.nyamiiiii


Sikap yang membuatkan anda stress

Tak der adab,bermuka-muka..ingat die sorang jer betol..hekhekhek

Benda yang mesti ada dalam bag

purse, handphone,kunci rumah

Warna kesukaan anda
pink.pink cute giler..sebab tu aku tergile gile kat pink http://www.emocutez.com

Kali terakhir anda menangis dan mengapa

Dah lupe dah bile. Suke je aku nangis.Sebabnye nak bersihkan mata dan membazirkan air mata.hua3
http://www.emocutez.com


Tag 6 rakan anda

Sape-sape pon boleh..kalau boleh nk request my sis, ecah (yang dah lama tak update die nye blog). my pillowmate cik norasmaliza aka ungu n Hana Ramli..hehehe peace no war!

~ Buatku Terharu~

~Wanita bak bunga yang semerbak harum dan bak burung merdu kicauanya~

Salam,

15 Ramadhan..Macam mana..OK tak?

Arini lepas sahur tetibe datang mood nak mencoret kata di blog aku yang sepi semacam ni.Sepi tanpa suara tapi penuh dengan rasa.ngee~

Seminggu yang lalu, if im not mistaken my ummi calling calling me.Then dia cakap

"Eniey, nak selipar raya tak. Umi nak beli ni..Cantik, warna hitam ade reben lagi. Eniey nak tak? Ecah dan Acik (my sis) pon ade skali ni. Umi belikan yer. Nanti eniey tak payah beli dah. Selipar ni, hadiah hari raya untuk eniey" kata umi (aku translate kan daripada loghat kelantan..hehehe

Pada saat dan ketika itu..aku tersenyum lebar sepantas kilat ku menjawab "nakkkkkkk!!!!". Bergembiranya aku dengan pemberian umi tersayang. Berbunga bunga hati ini bak bunga sakura berkembang mekar.

Mungkin agak kebudak-budakan aku ni, tapi itu la apa yang ku rasa. Tak tipu ni..betollll~ hehe



Lepas berbual-bual beberapa ketika, aku akhiri dengan salam. Tyme tu aku tengah siap untuk ke kelas, maka dengan tergopoh gapah aku turun menuju ke bus stop. Meneruskan misi sebagai seorang pencari ilmu peneroka semesta (ayat tak leh blah..hahaha) ..berusaha berusaha dan terus bertahan..

Then, on my way to campus tu. Aku mula berfikir dan mendalami perasaan sendiri. Aku dapat rasakan, bagaimana seorang ibu itu selalu ingin mengembirakan hati anak-anak nya. Walau di mana jua walau di tika mana sekali pun. Bukan sekadar memberi kasih sayang tapi jua ingin anak-anak nya sentiasa gembira. Itu la kasih seorang ibu, yang aku sendiri tak dapat selami.

Kalau tyme balik bercuti, umi la orang yang paling sibuk walaupun umi memang sudah tersedia kalut nye dengan kerja hariannya. Umi asyik menanya, makanan yang ingin aku nikmati. ' umi nak masak ni'. Masakan umi memang terbaekkkk!!!

Aku gembira. Aku suka. Aku bersyukur ada umi.Kerana Umi aku ada,menghuni bumi fana.

Kalau aku jadi ibu nanti..kalau ade rezeki la kan. Bleh ke aku jadi ibu seperti umi.Aku tak pasti.Ermmm...

Kasih ibu tiada penghujung. Unconditional luv..Sayangi ibu mu ketika beliau masih ada. Doakan mereka dalam setiap bisikan kata,

Terima kasih umi atas segalanya... tak sabar bak balik raya..wihihihi

'seorang ibu adalah pencetak kader para tokoh dan tempat tumbuhnya para pahlawan'

Majlis Berbuka Puasa Yang Sangat Best!!!


Salam,

Last weekend me, ma friends ade buat majlis berbuka yang sgt best..Juadah berbuka kami masak sama-sama. Bahagia rasenye dapat bersama dengan kawan-kawan,at da same tyme dapat ubat kerinduan kepada famili.heee..kawan-kawan pengubat hati

Cepat sungguh masa berlalu, tak sangka ini merupakan Ramadhan terakhir kat UPSI. Lepas ni tak tau la dapat together-together lagi or not macam gini. I will miz dis moment.So precious and valuble.Pastinye tak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Menu utama kami adalah : ayam n ikan percik yang best, mee kari,ikan bakar & air asam,jus mango, kek coklat,kek pelangi,pengat ubi,cucur kurma. Semua kami buat sendiri. Masing-masing ade bakat memasak. Bak kate pepatah, sepakat membawa berkat. Alhamdullilah rezeki kurniaan daripada-Nya.

Syukur,Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman&Islam. Syukur,Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan barokah.Syukur,Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik drp seribu bulan. Syukur,Allah menaungi kita dgn rahmat dan hidayah-Nya,syukur,Allah pertemukan kita lagi dgn buln yg mulia ini...

Ramadhan Al-Mubarak..Alhamdulillah..





Hope, next tyme boleh wat lagi..

“Jangan ucapkan selamat tinggal,
Bahkan ucaplah hingga bertemu lagi;
Seandainya tidak di bumi Tuhan,
Mudah-mudahan di syurganya nanti!”




Resepi ayam percik Cik Ieni yang terbaekkkk~
Selamat mencuba!!!



Ukhuwah Fillah..Sayang kamu semua kerana Allah..