RSS

~ Buatku Terharu~

~Wanita bak bunga yang semerbak harum dan bak burung merdu kicauanya~

Salam,

15 Ramadhan..Macam mana..OK tak?

Arini lepas sahur tetibe datang mood nak mencoret kata di blog aku yang sepi semacam ni.Sepi tanpa suara tapi penuh dengan rasa.ngee~

Seminggu yang lalu, if im not mistaken my ummi calling calling me.Then dia cakap

"Eniey, nak selipar raya tak. Umi nak beli ni..Cantik, warna hitam ade reben lagi. Eniey nak tak? Ecah dan Acik (my sis) pon ade skali ni. Umi belikan yer. Nanti eniey tak payah beli dah. Selipar ni, hadiah hari raya untuk eniey" kata umi (aku translate kan daripada loghat kelantan..hehehe

Pada saat dan ketika itu..aku tersenyum lebar sepantas kilat ku menjawab "nakkkkkkk!!!!". Bergembiranya aku dengan pemberian umi tersayang. Berbunga bunga hati ini bak bunga sakura berkembang mekar.

Mungkin agak kebudak-budakan aku ni, tapi itu la apa yang ku rasa. Tak tipu ni..betollll~ hehe



Lepas berbual-bual beberapa ketika, aku akhiri dengan salam. Tyme tu aku tengah siap untuk ke kelas, maka dengan tergopoh gapah aku turun menuju ke bus stop. Meneruskan misi sebagai seorang pencari ilmu peneroka semesta (ayat tak leh blah..hahaha) ..berusaha berusaha dan terus bertahan..

Then, on my way to campus tu. Aku mula berfikir dan mendalami perasaan sendiri. Aku dapat rasakan, bagaimana seorang ibu itu selalu ingin mengembirakan hati anak-anak nya. Walau di mana jua walau di tika mana sekali pun. Bukan sekadar memberi kasih sayang tapi jua ingin anak-anak nya sentiasa gembira. Itu la kasih seorang ibu, yang aku sendiri tak dapat selami.

Kalau tyme balik bercuti, umi la orang yang paling sibuk walaupun umi memang sudah tersedia kalut nye dengan kerja hariannya. Umi asyik menanya, makanan yang ingin aku nikmati. ' umi nak masak ni'. Masakan umi memang terbaekkkk!!!

Aku gembira. Aku suka. Aku bersyukur ada umi.Kerana Umi aku ada,menghuni bumi fana.

Kalau aku jadi ibu nanti..kalau ade rezeki la kan. Bleh ke aku jadi ibu seperti umi.Aku tak pasti.Ermmm...

Kasih ibu tiada penghujung. Unconditional luv..Sayangi ibu mu ketika beliau masih ada. Doakan mereka dalam setiap bisikan kata,

Terima kasih umi atas segalanya... tak sabar bak balik raya..wihihihi

'seorang ibu adalah pencetak kader para tokoh dan tempat tumbuhnya para pahlawan'

3 comments:

ummu said...

hi hi kasutt tu besor noo dgn kaki yang comei tu

cikgu asma said...

huhu..bace entry u..i tibe2 teringat kat my mum...
hukhuk...
~omma! sarang hae yo!

Mrs Nurul said...

comel!