RSS

Apa Yang Penting?

Salam..

Apa yang penting? kerjasamaaa..

"kami datang membantu anak ayam yang kesusahan..kami tak besar dan kami tak kuat..bile bekerjasama semua jadi mudah..yey wonderpets." ngeee..

Di sini dapat digambarkan bahawasanya kerjasama itu penting walau apa pun yang anda lakukan. Bende yang susah jadi mudah. Bende yang berat jadi ringan. Bende yang
bengkok jadi lurus and so on.

Apa yang penting? bahagia..hepi..

"menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga.bersyukurlah pada yang Kuasa. cinta kita di dunia. selamanya. cinta pada hidup berikan senyuman abadi. Walau hidup kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita"





Kebahagian, kedamaian, ketenteraman merupakan satu nikmat daripada yang Kuasa kepada kita. Ramai orang cakap, aku tak bahagia. hidup aku sengsara. Tahukah kamu disebalik kesusahan dan kesengsaraan ada terselit kebahagiaan. Cume kita tak menyedari. Maka sekarang.tampar lah pipi kamu. Sedarlah bahawa bahagia itu ada.ngeee.. Semua orang ade masalah kan. Cuma tahap masalah dan bebanan itu berbeza. baby pon ade masalah. masalah penghadaman.masalah kencing malam.miahahaha~

Tapi, ingatlah. Allah tidak membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak termampu di tanggung oleh hambaNya. Maka dengan itu berusahalah menuju ke puncak jaya.ekekeke.

So berbahagia lah dengan hidup kamu dan ketawalah dengan ikhlas.' jangan ketawa kuat sampai terganga mulut, nanti masuk bende-bende yang tak patut dalam rongga mulut anda. Bapak gajah pon bleh masuk. Lain kali letak sign board 'NO ENTRY' ek..ngeee..Tak de la, ketawa kuat-kuat, nanti mati hati ye teman-teman.


Apa yang penting? Duit..wang berjuta..wang besar wang besar!!!

"Money is not everthing..But everything need money"

Bak kata my friend , even nak masuk toilet pon. Kite perlukan duit kan.Kita nak study, gune duit. Kite nak makan, gune duit. Kite nk bergerak ke mana-mana, gune duit. Tapi duit yang banyak tak menjanjikan apa-apa. Kite tak leh beli kasih sayang degan duit, kite tak leh beli kebahagiaan dengan duit, kite tak boleh beli cinta dengan duit, kite tak leh beli keredhaan Allah dengan duit..so xyah la jadi mata duitan sangat,muakeskeskes~

Ermm..tu je la kot. Apa yang aku rasa nk mengarut untuk entry kali ini. Maka ambil la yang jernih. Buang yang keruh. Tapis pati-pati buang sepah- sepah jangan sepahkan alam sekitar sudah la ye..

Satu kata nak aku kongsi..Nah ambil ni..Aku pon copy yang orang nye..hakhakhak. Cam best.

Cinta bukan kefahaman. Bukan pengetahuan. Cinta tidak muncul sebagai hasil mengetahui pengertian ilmu cinta yang dicerna oleh akal. Tetapi cinta itu adalah hati dan perasaan. Allah mengurniakannya, dan manusia bertanggungjawab untuk mencari dan berikhtiar menyuburkannya.

SAAT-SAAT GENTING MELANDA

Salam..

Mugkin agak lama aku tak update aku punye blog ni..Tetiba pagi ni rasa nak update..today iz Friday 4.02a.m..

Apekah? waktu ni tak tido-tido lagi.hehehe..adakah anda mengalami 'sleeping disorder'?
Ngeee..xder la..biase la..saye jadi batman di malam-malam hari untuk menjaga keamaan sejagat.(da start mengarut da)

Tet..Tet..Tet..lampu merah menyala di dada atromen taro menandakan beliau sedang megalami saat-saat genting.Waaa..walopun aku begitu respect kepada si otromen ini tapi ada ketikanya beliau turut mengalami ketegangan..kenapakah? respect?

Otroman a.k.a ultraman merupakan salah satu watak pejuang keamaan yang amat digemari kanak-kanak. Otroman tak boleh bercakap dengan kata lain beliau bisu.muaahaha.. Walaupun penuh dengan kebisuan dan sepi tanpa kata, tapi jika raksasa menyerang beliau akan bertindak dengan penuh aksi dan berusaha menyelamatkan bumi tanpa sebarang keluhan, cacian,dan sebagainya. Sungguh cool sekali otroman.




Kan best kalo kite dapat jadi cool mcm otroman. Buat segala benda tanpa keluhan.Ni tak tyme susah sikit mudah benar mengalah mengeluh meluluh hati..bermuram durja..hekhek..

Kejayan tak datang dengan mudah. Kejayaan perlukan DUIT = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal..Bersabarlah sesungguhnyan sabar itu indah. Tidak ada makna kehidupan tanpa cabaran. Cabaran mengajar erti kehidupan. Berusaha!!!