RSS

Final Mode!!!!

Salam,

Nampaknye lame bebenor ye saye tidak meng update. Dah bersawang labah-labah ye blog ini. Bukan ape, internet di tempat saye ini agak kelembapan semacam kura-kura berjalan mengambil angin di petang hari yang mana sedikit sebanyak mempengaruhi mood saye untuk moncoret kate di blog ini ( alasan je kot..padahal malas..hik3)

Ape-ape pon saye nak wish All da best kepada semua student yang akan dan sedang menghadapi Final exam. Gud Lark ok. Baca doa before jawab exam tu yer.

Semester ini merupakan semester terakhir saye menghadapi Final exam ni. 3 paper je. Tapi cukup menyakitkan.hukhuk.

Ok lah, jom study!!! Marilah sama-sama kita menuju kejayaan..


Hari Raya..Kad Raya..Nostalgia..

Salam,

Dam dam dum bunyi mercun..Lagu raya berkumandang..biskut dan kuih-kuih raya laris di pasaran..gedung-gedung pakaian tak putus pengunjungnya.. Fenomena yang menyemarakkan lagi suasana hari raya yang bakal tiba tak kurang daripada seminggu lagi. Anda bagaimana? sudeh bersiap sediakah..hehe

Dalam kekalutan dan kegembiraan untuk menyambut hari raya, pasti ada yang berduka cita, sedih seketika memikirkan bulan Ramadahan yang mulia penuh barakah bakal meninggalkan kita. Mungkin kah kita akan ketemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang? Hanya Allah yang tahu..Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti,upgrade keimanan ketakwaan dan kesyukuran dalam jiwa hamba-hamba yang Maha kuasa.

InsyaAllah malam ini aku akan berangkat pulang ke kampung halaman yanr tercinta. Bagaimana dengan anda semua? bagi yang akan pulang ke tanah tumpah kelahiran, selamat semuanya aku harapkan. Moga dipermudah perjalanan dan selamat sampai ke destinasi. Bagi mereka yang tak dapat pulang, jangan bersedih hati. Tabahkan jiwa, ketidak pulangan mu bukan kerna saja-saja, mungkin ada kekangan yang tak dapat dielakan. Bergembira lah walau di mana anda berada di pagi mulia.

Actually, aku nak kongsi sedikit pasal kad raya. Mungkin kini kad raya kurang mendapat sambutan dihati orang perseorangan pada saat dan ketika ini. Kenapa ye? ada kawan aku cakap, dunia dah moden la eni, tak main la pos kad raya ni, Sms mms je, kalau tak pon hantar je digital kad raya melalui facebook,friendster dan sewaktu dengan nya.Lagi mudah, pantas,jimat ye tak. Tapi bagi aku kad raya itu sendiri mempunyai nilai sentimentalnye yang tersendiri.

Kalau zaman sekolah-sekolah dulu or zaman kanak-kanak la kan, tyme bulan puase dekat-dekat nak raye tu, peti surat pasti menjadi tempat paling gemar dikunjungi.huahuahua..mana la tau kan ade kawan pos kad raya. Tup Tup ade kad untuk kite tu, hati ni punya la melonjak meloncat kegembiraan.. hey hey hey dapat kad raya.Kalau tak pon ade je yang kasi dalam kelas waktu sekolah..huhuhu..pastu siap kira lagi kad raya sapa paling banyak, Then, gantung kat dinding..huuu..kenangan...

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas,

pecah kaca pecah tong
sudah baca harap gantung,

wihihihi pantun yan biasa digunakan dalam kad raye...

Dapat kad raya tak sama perasaanya dengan dapat sms or mms raya. lainnnnn...
Kad raya ni, memag khas dibeli dan dipos kan untuk kite, tapi sms or mms tu main forward-forward je..tak best sangat.kadang-kadang dapat yang same je.huhu.Tapi ape-ape bentuk ucapan, asalkan ikhlas sudehhh kan. Maknanya sender tu masih ingat kat kite..hehehe

Owkey lah...dikesempatan ini, diriku ini hendak memohon berjuta lemon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini. Mungkin pernah melakukan kesilapan tak kira lah dari segi kata-kata, perbuatan, mahupun gangguan emosi dan jiwa secara sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya diriku ini hanya insan biasa yang tak akan pernah bebas daripada melakukan kesilapan. Maaf kan aku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat semua.InsyaAllah~






Tahun ni dapat dua kad raya..Dah cukup hepi,pengubat hati yang nak sangat kad raye ni..hikhik..thanks cik ecah my housemate and cik Asmahani my coursemate~

Tag Daripada Saiyid (^^,)v

Nama timangan
eniey,kak eniey,dik yun, mc pong~olalalala http://www.emocutez.com

Anda seorang yang

Aman damai,kadang-kadang putus fius,ade tyme boleh jd siyes,hepi go lucky dan sewaktu dengannya.Nak tau syiapa saya?Bolehlah berkenalan dengan lebih mendalam lagi.Jangan malu jangan segan.wihihi~

Lagu kesukaan

Banyak..sebab aku ni memang suke dengar lagu. Mendownlod lagu.Semua layan, asalkan best.Tapi baru-baru ni aku suke dengar lagu Asma Allah alunan Sami Yusof..Lagu temA JEJAK RASUL..hoho..menusuk kalbu..tak percaya? cube la dengar.Hayati...


Food kesukaan anda

Suke makan ayam.Ayam masak ape-ape pon sedap.nyamiiiii


Sikap yang membuatkan anda stress

Tak der adab,bermuka-muka..ingat die sorang jer betol..hekhekhek

Benda yang mesti ada dalam bag

purse, handphone,kunci rumah

Warna kesukaan anda
pink.pink cute giler..sebab tu aku tergile gile kat pink http://www.emocutez.com

Kali terakhir anda menangis dan mengapa

Dah lupe dah bile. Suke je aku nangis.Sebabnye nak bersihkan mata dan membazirkan air mata.hua3
http://www.emocutez.com


Tag 6 rakan anda

Sape-sape pon boleh..kalau boleh nk request my sis, ecah (yang dah lama tak update die nye blog). my pillowmate cik norasmaliza aka ungu n Hana Ramli..hehehe peace no war!

~ Buatku Terharu~

~Wanita bak bunga yang semerbak harum dan bak burung merdu kicauanya~

Salam,

15 Ramadhan..Macam mana..OK tak?

Arini lepas sahur tetibe datang mood nak mencoret kata di blog aku yang sepi semacam ni.Sepi tanpa suara tapi penuh dengan rasa.ngee~

Seminggu yang lalu, if im not mistaken my ummi calling calling me.Then dia cakap

"Eniey, nak selipar raya tak. Umi nak beli ni..Cantik, warna hitam ade reben lagi. Eniey nak tak? Ecah dan Acik (my sis) pon ade skali ni. Umi belikan yer. Nanti eniey tak payah beli dah. Selipar ni, hadiah hari raya untuk eniey" kata umi (aku translate kan daripada loghat kelantan..hehehe

Pada saat dan ketika itu..aku tersenyum lebar sepantas kilat ku menjawab "nakkkkkkk!!!!". Bergembiranya aku dengan pemberian umi tersayang. Berbunga bunga hati ini bak bunga sakura berkembang mekar.

Mungkin agak kebudak-budakan aku ni, tapi itu la apa yang ku rasa. Tak tipu ni..betollll~ hehe



Lepas berbual-bual beberapa ketika, aku akhiri dengan salam. Tyme tu aku tengah siap untuk ke kelas, maka dengan tergopoh gapah aku turun menuju ke bus stop. Meneruskan misi sebagai seorang pencari ilmu peneroka semesta (ayat tak leh blah..hahaha) ..berusaha berusaha dan terus bertahan..

Then, on my way to campus tu. Aku mula berfikir dan mendalami perasaan sendiri. Aku dapat rasakan, bagaimana seorang ibu itu selalu ingin mengembirakan hati anak-anak nya. Walau di mana jua walau di tika mana sekali pun. Bukan sekadar memberi kasih sayang tapi jua ingin anak-anak nya sentiasa gembira. Itu la kasih seorang ibu, yang aku sendiri tak dapat selami.

Kalau tyme balik bercuti, umi la orang yang paling sibuk walaupun umi memang sudah tersedia kalut nye dengan kerja hariannya. Umi asyik menanya, makanan yang ingin aku nikmati. ' umi nak masak ni'. Masakan umi memang terbaekkkk!!!

Aku gembira. Aku suka. Aku bersyukur ada umi.Kerana Umi aku ada,menghuni bumi fana.

Kalau aku jadi ibu nanti..kalau ade rezeki la kan. Bleh ke aku jadi ibu seperti umi.Aku tak pasti.Ermmm...

Kasih ibu tiada penghujung. Unconditional luv..Sayangi ibu mu ketika beliau masih ada. Doakan mereka dalam setiap bisikan kata,

Terima kasih umi atas segalanya... tak sabar bak balik raya..wihihihi

'seorang ibu adalah pencetak kader para tokoh dan tempat tumbuhnya para pahlawan'

Majlis Berbuka Puasa Yang Sangat Best!!!


Salam,

Last weekend me, ma friends ade buat majlis berbuka yang sgt best..Juadah berbuka kami masak sama-sama. Bahagia rasenye dapat bersama dengan kawan-kawan,at da same tyme dapat ubat kerinduan kepada famili.heee..kawan-kawan pengubat hati

Cepat sungguh masa berlalu, tak sangka ini merupakan Ramadhan terakhir kat UPSI. Lepas ni tak tau la dapat together-together lagi or not macam gini. I will miz dis moment.So precious and valuble.Pastinye tak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Menu utama kami adalah : ayam n ikan percik yang best, mee kari,ikan bakar & air asam,jus mango, kek coklat,kek pelangi,pengat ubi,cucur kurma. Semua kami buat sendiri. Masing-masing ade bakat memasak. Bak kate pepatah, sepakat membawa berkat. Alhamdullilah rezeki kurniaan daripada-Nya.

Syukur,Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman&Islam. Syukur,Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan barokah.Syukur,Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik drp seribu bulan. Syukur,Allah menaungi kita dgn rahmat dan hidayah-Nya,syukur,Allah pertemukan kita lagi dgn buln yg mulia ini...

Ramadhan Al-Mubarak..Alhamdulillah..





Hope, next tyme boleh wat lagi..

“Jangan ucapkan selamat tinggal,
Bahkan ucaplah hingga bertemu lagi;
Seandainya tidak di bumi Tuhan,
Mudah-mudahan di syurganya nanti!”




Resepi ayam percik Cik Ieni yang terbaekkkk~
Selamat mencuba!!!



Ukhuwah Fillah..Sayang kamu semua kerana Allah..

Salam Ramadhan and Hepi Graduation Day

Salam,



salam Ramadhan buat semua. Ampun maaf dipinta atas segala silap dan salah. Sama-sama lah kite beramal di bulan penuh keampuan, kerahmatan dan kemuliaan ini untuk meraih redha daripadaNya

Then,

Tahniah buat mereka yang bergraduasi..Semoga dimurahkan rezeki dan cepat-cepatlah dapat kerje..Raye nati bleh bagi duit raye.Ngee(^_^)..Luv u all

Mandi Manda Rehatkan Minda

Salam,

Waaaaa...Exam da abeh.Yippi yipii seronot betollll..hahaha..amboi gumbiranya cik eni.ngeee~ okey, tamat la riwayat final exam untuk sem 6. Setelah bertungkus lumus, berusaha gigih-gigih la kunun-,bersusah payah,akhirnya sempurna! (sempurna ker?? present propsal tak lepas lagi eh..sedor diri la sikit..yeee baeekkk)

So ape lagi jom la kiter berpoya-poya bergumbira..rembulan ketawa dan bintang bersorak-sorai lalu mengapa biarkan kesedihan..kekalutan..ketensionan membunuh dan mencekik kite?Sekali tercetusla satu idea daripada seorang teman 'jom mandi sungai'. First first tu cam tak berapa nak berkobar sangat nak join, tapi setelah beberapa ketika aku cam berada di 'excited state' yang mana dengan tidak disangka-sangka cam teruja nak join. Then, dengan gile kuasa nya aku melantik diri ak sendiri sebagai AJK pengangkutan urus pasal transport untuk ke sana. Hakhak. Kami bakal cikgu cikgi seramai sebelas orang ( Cik Eni,(AJK pengangkutan la sangat) Cik Asma (AJK penjaga masa, Cik ecah (AJk tidak berminat nk melantik diri sendiri) Cik as & Cik aini( AJK makanan..sedap woooo), Cik waniey ( AJK publisiti kunun kunun), Cik nadiah (jurulatih renang) ,Cik zaty(CEO a.k.a ketua rombongan) ,Cik nurul (juru camera), Cik bada (Penyokong terbaek), Cik eda(AJK jong kalut) dan Cik Anis-sekadar ahli tidur-) ~semua cik cik lagi tau!hahaha~ mengikuti rambongan ini dengan suke rela dan penuh keceriaan seindah mentari pagi.

Tapi, langit tak sentiasa cerah, awan awan mendung kekadang datang menyeliputi sinarnya sang suria.huuu..sebelom sampai ke destinasi (Kalompang) banyak betul ujian yang terpaksa dihadapi, lari jugek la plan kami dek kerana road block dan macam-macam lagi kejadian yang tak dijemput apatah lagi diundang. Tapi setiap semua kejadian itu ada hikmahnya.. Setiap kejadian itu sekalipun menimpakan penderitaanya kepadamu ia pula lah merasakan kepadamu kenikmatanya. Yoshh dengan jayanya dengan hati yang tegar tabah dan kesabaran yang tinggi.keberkatan kerjasama bersama. Apa yang penting???? Keerjaaasaamaaa.. Semua bisa diurus ( da biasa da hadapi semua ini, bukan nye seteruk apa yang menimpa tyme tawan banjaran titiwagsa kan kawan-kawan..ekeke). Jangan nyesal ye..hikhikhik

Kami mandi manda, makan-makan,bergurau senda, bergosip, meniti jambatan gantung, terjun gaya bebas,tengok sang katak bersandiwara, bagi makan ikan, pertandingan menyelam paling lama dan banyak lagi tapi apa yang paling penting tangkap gambar kenangan bersama dalam usaha mengeratkan ikatan silaturahim ( hepi hepi banget banget ^_^v) .Dalam masa yang sama kami menikmati keindahan alam ciptaan Sang Pencipta yang Maha Agung. ( killing two birds with one stone, pe kill kill ni,xbaekk laa)

Sungguh indah ciptaanMu Ya Allah. Subhanallah.




Keeratan bersama amat terasa, Terima kasih teman kerana hadirmu memutik bunga-bunga kebahagian dalam hidup ku (ecececece ayat...tak tahannn). Kenangan manis tak kan ku lupa sehingga akhir nyawa ku. Kawan Kapal Selamanya!!! Teman sejati dekattttt dihati ^^




Manyak punya sowi ya cik adek cik adek manis pasal transport, selaku AJK transport yang tak bertauliah saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Maafkan diriku yang tak sempurna ini.ehe..Lain kali g lagi nak!!

Selamat Hari Jadi Ke-22 Buat Diriku

Burung- burung berterbangan..Angin pagi bertiupan..Sang suria mula memancar menyinari alam semesta. Insan di dunia mula tersedar..Sehari lagi umur bertambah.

Salam..

Arini, 2 Mei.. Semalam 1 MEI. Birthday aku yang ke 22 hikhikhik.. Hepi bestday to eni..Hepi bestday to eni ~nada ala-ala lagu ALONG yang dinyayikan khas untuk aku daripada my beloved ummi~ hehe comellll..




Pertama-tama sekali aku nak ucapkan, jutaan lemon ucapan terima kasih kepada semua yang wish birthday aku. Ingat jugek korang kat aku. Huuu terharu.. sob sob sob..-nak hadiah!!!..miahahaha-

Tak kurang juga kat kawan-kawan aku yang siap post kan entry khas untuk aku nyer bestday walaupon dalam kekalutan mentelaah untuk last paper.hikhik. Terimas ~~ i sayang u lebeh la..sekali lagi..huuuu terharu..sob sob sob..-nak hadiah!!!..kahkahkah (cam da desperate sgt nk hadiah..matured cikit kamo dh 22 hokeyyyy)

Arigato buat yang sudi bagi aku hadiah.. hadiah berbentuk kasih sayang dan senyuman paling manis..hahaha..pe pe aku terima dengan hati terbuka.

Ermmm bila ingatkan balik ucapan daripada my sis 'Eni sis, hepi birthday to u, semoga semakin meningkatnya usia semakin meningkat la imanmu' thanks sis untuk peringatan yang diberikan. sungguh aku rindu wajah manis mu.. lame tak bersua.. sekali lagi..sedehhh.. sob sob sob..

Waaaa.. akhirnya 22 tahun aku mendiami bumi Allah yang fana, merasai segala nikmat kurniaanNya. Terima kasih Ya Allah kerana sudi menyayangi diri ini, terima kasih ya Allah kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku, Terima kasih ya Allah kerana sering bersama-sama dengan ku tak kira apa keadaan iman ku. Bukan mudah Ya Allah. berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan, kesenangan, keseronokan, kemudahan.Keindahan dunia ini menganggu ku, kemanisannya mencarik carik, merobek robek iman ku. Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMu.

Selama 22 hidupku, pelbagai suka duka,onak duri, liku-liku aku hadapi. Mungkin tak sehebat apa yang di hadapi oleh saudara- saudara Islam aku di luar sana. Tapi ini sudah cukup mencabar buat ku. Sesekali aku mengintai ketenangan di antara kekalutan, kerana keinginan tak pernah kesampaian, ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan, bangkit semula meneruskan baki perjalanan, ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan, meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar. Ku anggap kegagalan bukan satu kekalahan... TAPI satu kejayaan yang masih tertunda..( yoshh!!! eni bercemangat!!!!)

Mungkin dalam perjalanan hidupku, aku tak memenuhi segala segala segala..segala pe ek..ermmm segala kehendak segala keinginan segala harapan orang di sekelilingku..aku tak dapat jadi anak yang betol- betol berjasa dan berbakti buat kedua orang tua ku, aku tak dapat jadi kakak yang baik untuk adik-adik ku,(maafkan kakakmu ni) aku tak dapat jadi kawan yang sempurna untu teman-teman ku, aku tak dapat jadi pelajar cemerlang yang diharapkan oleh guru-guru ku.. Sesungguhnya ini lah aku.. aku apa adanya. NAMUN, aku tetap akan berusaha untuk perbaiki diri agar..Maka bantu diriku ini.

Aku tak mungkin segigih Siti Hajar yang berlari- lari antara Safar dan Marwah, aku bukan jua sesetia Ainul Mardiah yang menanti kekasih di pintu syurga, aku akui hakikat tersurat aku bukan lah seberani Siti Khadijah (walaupun nama aku Khadijah Aini), aku bukan sepintar Aisyah bukan juga bukan setegar Rabiatul Adawiyyah dan juga sekental Zinnirah wanita suci terpuji. Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa dan cukupalah sekadar aku mencontohi bunga-bunga itu, kembang indah mekar sehingga harumanya melewati pintu- pintu syurga.
Ya Allah bantu lah hamba Mu yang kerdil ini..

Semoga hari mendatang lebih cerah lebih membahagiakan..Ameem..I'm 22 now!!!



Tag Koleksi Kesayangan

Salam,

Kerana kerajinan yang menbuak-buak dan kemalasan yang menjadi-jadi untuk study tambah-tambah da menjelang waktu petang dan dirasakan tak berapa sesuai untuk study. So, isikan masa kelapangan ini untuk menjawab tag daripada seorang rakan.hikhik

Peraturan: sila beritahu tentang koleksi simpanan kesayangan anda
berserta gambarnya sekali. Jawab beberapa soalan...

*Koleksi anda*




Gambar kanak-kanak riang..
Gambar anak-anak sepupu aku..Leh ke jadi koleksi kesayangan?Boleh je kan. Janji ikhlas dari hati yang luhur suci dan murni. Tapi aku amat menyayangi koleksi gambar mereka.yipiiii

*cerita trbaru yg paling baru*

Dua ari lepas baru dapat dua pic terbaru anak sepupu aku ni daripada my bro sempena kepulangan nya ke rumah dikala orang sedang sibuk berstudy week. Terhegeh-hegeh balik umah lak. Ambik restu kate nye. Huih aku neh lama da tak balik menjenguk kedua orang tua ku..huuu..maafkan eni..ummi abah.. Ermm..pe yang aku melalut ni..haaa.. semakin hensem budak tu. Dah besar panjang. Hikhikhik

*Bila mula mgumpul*

Sejak kanak-kanak ni kecil lagi aku bergiat cergas snap gambar mereka yang pelbagai aksi itu secara rambang..huuuu best best...

*Sebab suke menyimpan koleksi ini*

Sebab aku suker kumpul gambar. Cam comey. Nanti mereka besar leh tunjuk kat mereka. Tapi kalo mereka tak nak tengok pon tak pe. Yang penting aku suke, gembira dan puas hati.wohohoho

*Budget untuk mgumpul koleksi ini*

Tak de budget pon. Cume kalo nak ambik gambor tu, compem2 la kene ade device yang leh merakam dan snap gambor. ye tak? so gune camera, handpone. Pastu kemahiran menggunakan bende2 alah ni..hahahhaha..Dan lakukan kerja anda dengan riang dan suka hati.. Mulakan dengan Bismillah..







Nie antara gambar gambar mereka..Hikhikhik..Muhammad yang encem,Balqis cute, Ahmad macho dan Darwish comel..Nanti semua mesti jadi anak yang soleh dan solehah ek. Berbakti kepada kedua ibu bapa, kepada agama dan sebagainya. Sesungguhan perjalanan hidup kalian pasti lebih mencabar dan beronak duri. Semoga hati hati kalian dijaga sentiasa oleh yang Maha Kuasa..

Demi jiwaku yang berada di tanganNya.. Aku memohon kepadaMu jagalah dan lindungi kami daripada perkara tidak baik. Rahmati kami dan redhai lah kami. Ameen..

Eniey Merindui...

Salam,



Hukhuk..bangun pagi pagi arini tetibe teringat kat umah..Kat ummi n abah.Badan pon rase cam hangat hangat bukan hangit hagit, cam nak demam je.uuuu

Makan penadol terus, kot melarat. 3 papers to go. Da la yang Major nye ~Organic, Polymer n Fizik~ Tulum la jangan demam. Tulum la tulum la. Tapi aku selalu je demam tyme exam. Dulu masa SPM aku demam, nak study pon xder mood.Mungkin tu kifarah dosa-dosa aku. Allah nak uji aku supaya lebih ingat kepadaNya. Nasib baik result SPM aku tak hancus. Alhamdulillah..Cite lame tu..Kenangan zaman muda.hikhik

Tak sabar nak balik umah, p after exam kene tunggu beberape ketika for proposal presentation yang entah bile akan berlangsung. Hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu. Eniey-channn bercemangat!!!! jangan duk lemah longlai sangat. ngeee.

Meh layan lagu ni, tambahkan lagi kerinduaan..hakhakhak..

Satu Rindu
Munsyid : Opick Feat Amanda



Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu

Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibu
oh ibu oh ibu

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu

Wallpaper Tagged Hokey!!!

Salam,

Hehehe tadi pegi wat lawatan muhibbah kat blog waniey my classmate. Alahai bertuahnye badan dapat buah tangan la pulak.ekeke~ sekali lagi di tag oleh waniey bucuk ni. Okey la sambil sambil nak cari mood untuk study for da last day ni, sebab esk da start Final Exam hokeyyy..hakhak..Aku jawab la waniey nye tag..


Peraturan:

1) Anda perlu "PrintScreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari.



2) Beri tahu mengapa anda suke "wallpaper" anda itu.

ok,
aku memang suke sangat kat wallpaper ni, p aku tak tau la wallpaper ni suker tak kat aku..hakhak. Actually wallpaper ni viewkan gambor aku nyer ank sepupu, Muhammad namenye. Tyme ni dia masih kecik g, sekarang da besar sikit.Ma ummi jage die tyme umi die g keje so macam rapat giler dengan budak comey ni, da macam adek sendiri. Then, diz picture aku yang tangkap pastu diedit oleh pengedit gambor paling popular abad ini my cutey n chubby sis eShah. Suke tengok gambar ni sebab leh bagi aku secebis ketenangan di jiwa, di kala dilanda gundah gulana..miahahaha..

Semalam aku der call umah, seje nak kabor kan aku nak exam. Muhd pon ade sekaki,tengah nangis. Sakit peyut katenye, dijangkiti sembelit (dijangkiti ker??). Pastu, aku mintak ngan umi nak cakap dgn si comey Muhammad ni.. Hahaha lawak budak ni, cian pon ade, dgn suare yang sedih-sedih die ckap, 'Kak eni, adek sakit peyut niii'..aku suh die makan obat..hahaha..pastu die ngarut cakap pe tah..aku pon tak paham..layan yer zasss..Semoga adek mat membesar dengan sihat,ceria,aktif dan jadi anak yang baek. Jadi penyejuk hati buat kedua ibubapa.

Adoiiii, banyk la plak aku membebel ni,hikhik..okey nk study lak.. onee-chan!!! ganbatte kudaise!!!! bak kate Eshah..Yoshhh..Wahai pemilik nyawa ku, bantulah aku menempuh segala-galanya..Ameen..ok, daaa

Final Final Final Finally...

Salam..ngeee~ (^_~)v

Hikhikhik..kenapekah..gediks semacam ni..ekekeke..

Ehem ehem. Ngantuk yang sebenarnye (bak kate yuna). Study sikit mesti kemengantopan melanda diri meyelubungi ruang mata ku. Berjaya sungguh iblis durjana mengoda aku. Gemuk semacam dah kot, tak pon da terobes kat tepi aku ini( ingat aku tergode kerrr..tolong la)..hukhukhuk kadang- kadang tergoda jugek. Apo nak dikate, ala la la tok ala la tok..aku ni manusia biasa yang lemah..hukhuk..Ya Allah bantulah hambaMu ini..Ameen

Dan yang sebenarnye kan, aku dengan berbesar hati nye mengepost entry buat kali ini, dengan satu harapan satu cita satu tujuan..Sometim special buat ahli keluarga aku,teman-teman ku dan juga sesyiapa jua yang mengenali diri ku ini dan sape-sape pon bleh la yang terlibat walau di mana pon anda berada. Gasak la.

Ehem..ehem..saye, Eniey dengan segala hormatnye mengumumkan bahawasanya saye akan melangsungkan majlis pertunagan saya pada bulan hadapan...caye tak aku nak tunang? caye? mesti tipu niiii....muahahahaha...betolll laaa tu memang aku tipu pon. sebenarnye aku nak ucapkan 'All da best, may God bless you' final exam nanti. Buat sape-sape pon yang yang akan menghadapi Final exam. Sekarang musim orang exam kan. So, Best of luck okey kawan-kawan.caiyok-caiyok, ganbatte, aja aja fighting.

Satu lagi, buat sape-sape yang pernah kenal dengan aku, pernah bersama aku. Aku dengan rendah dirinya memohon seribu kemaafan jika aku pernah menyakiti hati, menjolok hati, tercolot kata, ( maklumla mulut aku ni tak der insuran kadang-kadang terlaser) terpukul kuat or terpukul perlahan, tingkah laku aku yang yang menggangu gugat segala ketenteraman dijiwa. sori yer. Aku ni memang, manusia biase..aku insan biasa tak lari dari melakukan kesilapan. Maafkan daku wahai teman..hekhek..

Okey la, pe pe pon..Sama lah kite berusaha menuju kejayaan. Laksanakan amanah dengan sebaik nye..heee..(pandai je aku berkate, padahal aku ni teruk cam pe..hakhak)..Tak pe la kan..Sekadar peringatan besama. Semoga apa yang kita belajar itu diredhai dan diberkati oleh yang Maha Kuasa. Sebanyak mana kite belajar sekuat mana kite berusaha jika tidak diredhaiNya.Maka apakah maknanya? Oleh itu sama-sama la kita berdoa pada yang Sang Pencipta agar dirahmati selalu. Salam Mujahadah-

'Bila hati berjuang kerana Allah, Dugaan itu tempat persinggahan, Keperitan ditelan sebagai juadah'



Tagged From Waniey Diva


FIRST TAG

Sekolah mane paling beshhh, sekolah rendah atau menengah???
Semua Beh .Tadika Bina ,SRK RPR,SKM(1), SMKM, MRSM QBER..

Makanan ape yang x boleh lupe kat kantin sekolah???
Bihun sup..sedap..sruppp~ tetibe teringat..waaaaa lapor-lapor neh

Denda paling trok kne, kenapa???
Kene denda sebab tak g roll call..tyme tu lepak dlm class then tertangkap dgn miz urin.hukhuk tak sempat nak sembunyi sebab tyme tu tengah leka menulis pe tah kat blackboard. Perasan nk jadi cikgu la tyme tu..huahua

Pilih satu hari yang bosan di sekolah. kenapa???
Tyme perhimpunan..huh tak beh betolll…dengar ucapan. Kadang- kadang tido je.ekekeke MySpace

Cikgu fevret, kenapa???
Puan Zuraida. Cikgu Bahasa Melayu. Baek + Lawak..waaaa cikguu..windu cikgu~

Bende yang x penah tinggal selain buku, pensil case.
sharpener yang ade cermin bulat..wat telek muke..muahahahaha

Perasaan ketika nak tunjuk report card kat parents?
Tunjuk je tanpa ada apa-apa perasaan..hahaha MySpace..pastu terkejut umi n abah aku tengok..ngee

Pernah x rase jeles ngan member yang markah tinggi? apa korang wat??
Kadang-kadang jek..wat bodo je. Buat pe nak jeles aku pon leh markah tinggi..wahhh gitu..

jawatan paling beso penah korang pegang?
Sebesor manakah itu? Penah jadi pengawas sekolah yang tah pe pe je..

Rindu x nak balik sekolah semula??
Op coz la..windu tyme umur belasan tahun. Pressure tak banyak sangat.MySpace Hepi je..Tapi masa lalu tak akan kembali lagi kan.

So, hadapilah masa depan dengan penuh keriangan. Jadikan setiap saat yang dilalui itu bermakna. Semoga bahagia di dunia dan akhirat.Ameen


SECOND TAG

Adakah anda suka blogging? Kenapa?
Suke la jugak.Tapi tak la sesuka suki memakan Choki- Choki..Suke sebab saye suke la. Kongsi-kongsi kisah hidup. Sharing iz caring k.ngee~

Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5.
Sape yang update, blog yang ade infomasi terkini dan dapat tambahkan ilmu pengetahuan aku yang cetek ini.

Anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapakah orang itu?
Op coz la nak. Sape tak nak. Kambing-kambing pon nak..Siapa? Gue pon tak dapat mengenal pasti siapakah insan itu.kehkeh..Comin Soon!MySpace

Taken or single?
Single Mingle and Hepi Go Lucky

Pernah tak cinta anda tidak dibalas?
Yepp..penah..dulu aku jatuh cinte kat sorang mamat ni..Aku penyer la minat kat die..tapi die tak tgk sebelah mata pon kat aku..hukhuk..Aku tau la sape diri aku ni. hukhuk..Name mamat yang cool tu ialah Justin Timberlake. Tapi cinte aku tak dibalas-balas dan tak mungkin terbalas pon. Kekasih tak dianggap..hahaha MySpace

Ciri-ciri idaman gf/bf anda? Nyatakan 5.
1. Beriman Bertakwa
2. Sweet, Cute, de sense Of Humor
3. Terima diriku apa adanya aku
4. Cinte aku sepenuh hati..wohoho tapi cinta Allah lebih hakiki
5. Leh bagi hadiah bunge n Choki-Choki kat aku..muahahaha

Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
Bile sampai jodoh. Bile ade orang nak kat aku.

Nak berapa anak?
Team Bola Sepak..hahaha juz kidding ngee~ ikut atas rezeki la kan..who neo? lalala~



Tu je untuk kali ini MySpace

Entah la

Salam,

Ku mencari ku mencari siapakah diriku? siapa? siapa? miahahaha~adakah aku atroman taro yang bisu tanpa kata menjaga keamanan sejagat? adakah aku juliet yang mendambarkan kasih romeo?MySpace adakah aku manusia jalanan yang memohon simpati, bagai melukut di tepi gantang.
Ermm..entahla...

actually i can't define everything about me!




Sejak akhir-akhir ni aku cam rasa down giler. MySpace Tak tau la nape.Aku pon tak faham. Aku rasa macam aku ni cam bengong la cam bodo la. Entah ape-ape la aku ni.Sepatutnye benda ni tak patut terlintas pon dalam benak aku dan memang tak patut pon. Dan disebabkan itu lah aku patut muhasabah diri aku dan jadikan diri aku apa yang sepatutnya. Entah la

Hormone gile mane tah melanda diri aku menyebabkan aku jadi sebegini rupa. Begini la aku yang bile nak buat begitu dan begini aku cam serba salah, macam tak sampai objektif, tak terurus, semak ,menyemak...Entah la..Ahhhh apa yang penting kawan aku asma' sentiasa ayu dan comey sentiasa..

Sem ni,aku cam tak perform well je. Dalam akademik aku terutamanya. Assignment aku, even dalam test, kuiz, projek, blog, lab report, propasal semuanya entah ape-ape.hampeh.. Entahla labu. Apa terjadi mungkin kifarah dosa-dosa lampau aku. Mungkin aku jauh daripadaNya, aku buat banyak dosa, sakitkan hati orang.Dan sebab silap aku sendiri, sikap aku sendiri Entah la.

Aku nak cari semangat, aku nak gapai kekuatan, aku nak bina kemantopan, aku nak rasai ketenangan. Aku upgrade keteguhan hati..Bantulah aku..Ya Allah..Tolonglah teman-temanku. Bangkitkan aku daripada lenaku yang panjang. Sesunggunhya aku tak tegar hidup sendiri.MySpace

Redhalah dengan apa yang kite perolehi, terimalah pemberian Allah apa adanya. Lupakan angan-angan yang tak sesuai denga kite usahakan dan diluar kemampuan.
'Allah akan mengampuni apa yang telah berlalu'

Hidup tak sentiasa indah~

Bile tengok gelagat kanak-kanak. Hati leh rasa tenang.ngeeee



Sesi luahan perasan yang tah ape-ape..kahkahkah..(^_^)v..sape yang sanggup baca.Baca la..Bagi la aku kata-kata semangat. 16 ari lagi FINAL...tulun..tulun..

-Kepenatan Keletihan Petala Ke Lapan-

Salam,

Today is Tuesday. Arini diriku dilanda kecapekan yang capek banget.huhu..Actually hepi je arini walaupun agak letih meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang perlu menanggu segala tanggungjawab yang diamanahkan, seorang mahasiswi yang menuntut ilmu untuk kepentingan agama,diri, keluarga,bangsa dan negaraaa..ngee..InsyaAllah berjaya!harus diingat disini, wut eva u do. Do it coz sake of Allah's pleasure. Maka berbahagialah kamu di dunia dan diakhirat.

Pagi-pagi aku celikkan mate, tetibe aku terpikirkan propsal tesis ku yang belum disiap-siapkan lagi. Ni da msuk kali ke 3 aku repair- baiki aku punye propsal tu. Entoh la labu, dimanakah silapnya tapi yang pasti bukan silap ummi aku yang mengandung. Lama-lama agaknya hancus aku punyer proposal tu. Doakan kejayaan aku siapkan proposal degan jayanya.Ameen..



Then, kire-kire jam 11.45 pagi aku gerak ke campus.Diriku dan rakan-rakanku ade buat satu aktiviti yang menarik + memenatkan + meloyakan + memaksakan aku terlibat sebab nak penuhkan syarat. Huh..'Water Waste Treatment' (TSE sains Alam sekitar) ekekeke. Aku tak tau la kenape aku dipaksa relakan untuk memlaksanakan projek ni. Mungkin ada udang disebalik timbunan mee kari dan motif nye tersendiri. Mana mungkin sesuatu perkara dilakukan tanpa sebab tanpa tujuan kan. Ape yang penting. PENGALAMAN...mengumpul air buangan dari longkang yang busuk.errrr



Setelah berusaha gigih (buat-buat gigih je), balik hostel..lepas buat ape-ape yang patut, sambung wat assignment la pulak yang dah lama tertunggak. Kalo bil tepon, rasenya dah lama kene potong..muahahaha. Malamnye aku g kelas. Polymer Chem.Tyme dalam kelas tak yah cakap la. Kemengantopan tahap buoyant. Melayang entah ke mana aku punye pemikiran dan jiwa..uhuuu..penat weh..larutan gula tepu dah aku punye otak.Pastu ade kuiz la pulak.Adoiii..aku tak study pon. Aku pon main belasah je.ngeee~

Hemmm..tu la aktiviti aku pada hari ini yang membuatkan aku mengalami kecapekan yang amat sangat. Sebenarnye, aku nak kongsi di sini betapa penting nya pengurusan dan disiplin dalam kehidupan. Kalo dapat dilihat contoh paling dekat iaitu diriku sendiri, aku seolah-olah tak dapat nak uruskan kerja dan tanggugjawab aku dengan baik. Kalo ikut apa yang aku baca, kekuatan Islam itu terletak kepada 3 perkara, yang pertama IMAN kedua PERSAUDARAN dan ketiga PENGURUSAN.Banyak perkara yang boleh menyebabkan hancusnya rapuhya pengurusan. Yang paling kuat dalam diri aku, adalah kesan cucukan duri palas a.k.a sikap MALAS..miahahaha..ditambah pula dengan anasir seperti budaya suka menangguh kerja dan kurangnya disiplin yang menular dalam darah daging ku ini. Silap aku semuanya..uhukuhuk~ Maafkan lah diriku ini.

Jangan menjadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan,kerna dengan berbuat begitu bermakna anda telah menjadikan hal tersbut sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan. melalui kejadian- kejadian yang tidak menyenagkan itulah yang mengajar kita tentang nilai satu nikmat

Berusaha la sehabis baik dan berdoalah kepada yang kuasa!!!


Apa Yang Penting?

Salam..

Apa yang penting? kerjasamaaa..

"kami datang membantu anak ayam yang kesusahan..kami tak besar dan kami tak kuat..bile bekerjasama semua jadi mudah..yey wonderpets." ngeee..

Di sini dapat digambarkan bahawasanya kerjasama itu penting walau apa pun yang anda lakukan. Bende yang susah jadi mudah. Bende yang berat jadi ringan. Bende yang
bengkok jadi lurus and so on.

Apa yang penting? bahagia..hepi..

"menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga.bersyukurlah pada yang Kuasa. cinta kita di dunia. selamanya. cinta pada hidup berikan senyuman abadi. Walau hidup kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita"





Kebahagian, kedamaian, ketenteraman merupakan satu nikmat daripada yang Kuasa kepada kita. Ramai orang cakap, aku tak bahagia. hidup aku sengsara. Tahukah kamu disebalik kesusahan dan kesengsaraan ada terselit kebahagiaan. Cume kita tak menyedari. Maka sekarang.tampar lah pipi kamu. Sedarlah bahawa bahagia itu ada.ngeee.. Semua orang ade masalah kan. Cuma tahap masalah dan bebanan itu berbeza. baby pon ade masalah. masalah penghadaman.masalah kencing malam.miahahaha~

Tapi, ingatlah. Allah tidak membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak termampu di tanggung oleh hambaNya. Maka dengan itu berusahalah menuju ke puncak jaya.ekekeke.

So berbahagia lah dengan hidup kamu dan ketawalah dengan ikhlas.' jangan ketawa kuat sampai terganga mulut, nanti masuk bende-bende yang tak patut dalam rongga mulut anda. Bapak gajah pon bleh masuk. Lain kali letak sign board 'NO ENTRY' ek..ngeee..Tak de la, ketawa kuat-kuat, nanti mati hati ye teman-teman.


Apa yang penting? Duit..wang berjuta..wang besar wang besar!!!

"Money is not everthing..But everything need money"

Bak kata my friend , even nak masuk toilet pon. Kite perlukan duit kan.Kita nak study, gune duit. Kite nak makan, gune duit. Kite nk bergerak ke mana-mana, gune duit. Tapi duit yang banyak tak menjanjikan apa-apa. Kite tak leh beli kasih sayang degan duit, kite tak leh beli kebahagiaan dengan duit, kite tak boleh beli cinta dengan duit, kite tak leh beli keredhaan Allah dengan duit..so xyah la jadi mata duitan sangat,muakeskeskes~

Ermm..tu je la kot. Apa yang aku rasa nk mengarut untuk entry kali ini. Maka ambil la yang jernih. Buang yang keruh. Tapis pati-pati buang sepah- sepah jangan sepahkan alam sekitar sudah la ye..

Satu kata nak aku kongsi..Nah ambil ni..Aku pon copy yang orang nye..hakhakhak. Cam best.

Cinta bukan kefahaman. Bukan pengetahuan. Cinta tidak muncul sebagai hasil mengetahui pengertian ilmu cinta yang dicerna oleh akal. Tetapi cinta itu adalah hati dan perasaan. Allah mengurniakannya, dan manusia bertanggungjawab untuk mencari dan berikhtiar menyuburkannya.

SAAT-SAAT GENTING MELANDA

Salam..

Mugkin agak lama aku tak update aku punye blog ni..Tetiba pagi ni rasa nak update..today iz Friday 4.02a.m..

Apekah? waktu ni tak tido-tido lagi.hehehe..adakah anda mengalami 'sleeping disorder'?
Ngeee..xder la..biase la..saye jadi batman di malam-malam hari untuk menjaga keamaan sejagat.(da start mengarut da)

Tet..Tet..Tet..lampu merah menyala di dada atromen taro menandakan beliau sedang megalami saat-saat genting.Waaa..walopun aku begitu respect kepada si otromen ini tapi ada ketikanya beliau turut mengalami ketegangan..kenapakah? respect?

Otroman a.k.a ultraman merupakan salah satu watak pejuang keamaan yang amat digemari kanak-kanak. Otroman tak boleh bercakap dengan kata lain beliau bisu.muaahaha.. Walaupun penuh dengan kebisuan dan sepi tanpa kata, tapi jika raksasa menyerang beliau akan bertindak dengan penuh aksi dan berusaha menyelamatkan bumi tanpa sebarang keluhan, cacian,dan sebagainya. Sungguh cool sekali otroman.




Kan best kalo kite dapat jadi cool mcm otroman. Buat segala benda tanpa keluhan.Ni tak tyme susah sikit mudah benar mengalah mengeluh meluluh hati..bermuram durja..hekhek..

Kejayan tak datang dengan mudah. Kejayaan perlukan DUIT = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal..Bersabarlah sesungguhnyan sabar itu indah. Tidak ada makna kehidupan tanpa cabaran. Cabaran mengajar erti kehidupan. Berusaha!!!

AKUE TELAH DITAG

Entah ribut taufan mana yang melande..tetibe aku ditag lak..Oleh kerana wanie ni dah beberapa kali mendesak aku, so kali ni aku ikut je la..



cute la sgt blog aku ni...haha..okey okey

10 facts pasal aku

seorang wanita Islam

aku suke wat bende-bende yang tak berpekdah tyme bohsan 'when im at a loose end' sebagai contoh: bilang bintang di waktu siang..

aku suke korean drama..last cite -snow queen- pehhh best giler..

tegok movie n dengar lagu ambil hapal lirik lam cite n lagu tu yang aku rasa cam best

gossip gossip

makan choki2

main-main dengan pet aku..kekek namenye..muakeskes

mudah rase nk muntah bile aku cakap banyak-banyak

bile tengok aku..dont expect an unexpected.

suke color pink and suke giler nak mati kat bunge-bunge..anyone nk suh aku hepi..kasi adiah bunge kat aku..muahahahaha..

aku xtau nk tag sape g..hekhek