RSS

Selamat Hari Jadi Ke-22 Buat Diriku

Burung- burung berterbangan..Angin pagi bertiupan..Sang suria mula memancar menyinari alam semesta. Insan di dunia mula tersedar..Sehari lagi umur bertambah.

Salam..

Arini, 2 Mei.. Semalam 1 MEI. Birthday aku yang ke 22 hikhikhik.. Hepi bestday to eni..Hepi bestday to eni ~nada ala-ala lagu ALONG yang dinyayikan khas untuk aku daripada my beloved ummi~ hehe comellll..




Pertama-tama sekali aku nak ucapkan, jutaan lemon ucapan terima kasih kepada semua yang wish birthday aku. Ingat jugek korang kat aku. Huuu terharu.. sob sob sob..-nak hadiah!!!..miahahaha-

Tak kurang juga kat kawan-kawan aku yang siap post kan entry khas untuk aku nyer bestday walaupon dalam kekalutan mentelaah untuk last paper.hikhik. Terimas ~~ i sayang u lebeh la..sekali lagi..huuuu terharu..sob sob sob..-nak hadiah!!!..kahkahkah (cam da desperate sgt nk hadiah..matured cikit kamo dh 22 hokeyyyy)

Arigato buat yang sudi bagi aku hadiah.. hadiah berbentuk kasih sayang dan senyuman paling manis..hahaha..pe pe aku terima dengan hati terbuka.

Ermmm bila ingatkan balik ucapan daripada my sis 'Eni sis, hepi birthday to u, semoga semakin meningkatnya usia semakin meningkat la imanmu' thanks sis untuk peringatan yang diberikan. sungguh aku rindu wajah manis mu.. lame tak bersua.. sekali lagi..sedehhh.. sob sob sob..

Waaaa.. akhirnya 22 tahun aku mendiami bumi Allah yang fana, merasai segala nikmat kurniaanNya. Terima kasih Ya Allah kerana sudi menyayangi diri ini, terima kasih ya Allah kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku, Terima kasih ya Allah kerana sering bersama-sama dengan ku tak kira apa keadaan iman ku. Bukan mudah Ya Allah. berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan, kesenangan, keseronokan, kemudahan.Keindahan dunia ini menganggu ku, kemanisannya mencarik carik, merobek robek iman ku. Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMu.

Selama 22 hidupku, pelbagai suka duka,onak duri, liku-liku aku hadapi. Mungkin tak sehebat apa yang di hadapi oleh saudara- saudara Islam aku di luar sana. Tapi ini sudah cukup mencabar buat ku. Sesekali aku mengintai ketenangan di antara kekalutan, kerana keinginan tak pernah kesampaian, ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan, bangkit semula meneruskan baki perjalanan, ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan, meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar. Ku anggap kegagalan bukan satu kekalahan... TAPI satu kejayaan yang masih tertunda..( yoshh!!! eni bercemangat!!!!)

Mungkin dalam perjalanan hidupku, aku tak memenuhi segala segala segala..segala pe ek..ermmm segala kehendak segala keinginan segala harapan orang di sekelilingku..aku tak dapat jadi anak yang betol- betol berjasa dan berbakti buat kedua orang tua ku, aku tak dapat jadi kakak yang baik untuk adik-adik ku,(maafkan kakakmu ni) aku tak dapat jadi kawan yang sempurna untu teman-teman ku, aku tak dapat jadi pelajar cemerlang yang diharapkan oleh guru-guru ku.. Sesungguhnya ini lah aku.. aku apa adanya. NAMUN, aku tetap akan berusaha untuk perbaiki diri agar..Maka bantu diriku ini.

Aku tak mungkin segigih Siti Hajar yang berlari- lari antara Safar dan Marwah, aku bukan jua sesetia Ainul Mardiah yang menanti kekasih di pintu syurga, aku akui hakikat tersurat aku bukan lah seberani Siti Khadijah (walaupun nama aku Khadijah Aini), aku bukan sepintar Aisyah bukan juga bukan setegar Rabiatul Adawiyyah dan juga sekental Zinnirah wanita suci terpuji. Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa dan cukupalah sekadar aku mencontohi bunga-bunga itu, kembang indah mekar sehingga harumanya melewati pintu- pintu syurga.
Ya Allah bantu lah hamba Mu yang kerdil ini..

Semoga hari mendatang lebih cerah lebih membahagiakan..Ameem..I'm 22 now!!!



1 comments:

nadhsamuel said...

Heppy besday..
Hope you'll got what you really want in your life.

from,
nadhsamuel