RSS

Mandi Manda Rehatkan Minda

Salam,

Waaaaa...Exam da abeh.Yippi yipii seronot betollll..hahaha..amboi gumbiranya cik eni.ngeee~ okey, tamat la riwayat final exam untuk sem 6. Setelah bertungkus lumus, berusaha gigih-gigih la kunun-,bersusah payah,akhirnya sempurna! (sempurna ker?? present propsal tak lepas lagi eh..sedor diri la sikit..yeee baeekkk)

So ape lagi jom la kiter berpoya-poya bergumbira..rembulan ketawa dan bintang bersorak-sorai lalu mengapa biarkan kesedihan..kekalutan..ketensionan membunuh dan mencekik kite?Sekali tercetusla satu idea daripada seorang teman 'jom mandi sungai'. First first tu cam tak berapa nak berkobar sangat nak join, tapi setelah beberapa ketika aku cam berada di 'excited state' yang mana dengan tidak disangka-sangka cam teruja nak join. Then, dengan gile kuasa nya aku melantik diri ak sendiri sebagai AJK pengangkutan urus pasal transport untuk ke sana. Hakhak. Kami bakal cikgu cikgi seramai sebelas orang ( Cik Eni,(AJK pengangkutan la sangat) Cik Asma (AJK penjaga masa, Cik ecah (AJk tidak berminat nk melantik diri sendiri) Cik as & Cik aini( AJK makanan..sedap woooo), Cik waniey ( AJK publisiti kunun kunun), Cik nadiah (jurulatih renang) ,Cik zaty(CEO a.k.a ketua rombongan) ,Cik nurul (juru camera), Cik bada (Penyokong terbaek), Cik eda(AJK jong kalut) dan Cik Anis-sekadar ahli tidur-) ~semua cik cik lagi tau!hahaha~ mengikuti rambongan ini dengan suke rela dan penuh keceriaan seindah mentari pagi.

Tapi, langit tak sentiasa cerah, awan awan mendung kekadang datang menyeliputi sinarnya sang suria.huuu..sebelom sampai ke destinasi (Kalompang) banyak betul ujian yang terpaksa dihadapi, lari jugek la plan kami dek kerana road block dan macam-macam lagi kejadian yang tak dijemput apatah lagi diundang. Tapi setiap semua kejadian itu ada hikmahnya.. Setiap kejadian itu sekalipun menimpakan penderitaanya kepadamu ia pula lah merasakan kepadamu kenikmatanya. Yoshh dengan jayanya dengan hati yang tegar tabah dan kesabaran yang tinggi.keberkatan kerjasama bersama. Apa yang penting???? Keerjaaasaamaaa.. Semua bisa diurus ( da biasa da hadapi semua ini, bukan nye seteruk apa yang menimpa tyme tawan banjaran titiwagsa kan kawan-kawan..ekeke). Jangan nyesal ye..hikhikhik

Kami mandi manda, makan-makan,bergurau senda, bergosip, meniti jambatan gantung, terjun gaya bebas,tengok sang katak bersandiwara, bagi makan ikan, pertandingan menyelam paling lama dan banyak lagi tapi apa yang paling penting tangkap gambar kenangan bersama dalam usaha mengeratkan ikatan silaturahim ( hepi hepi banget banget ^_^v) .Dalam masa yang sama kami menikmati keindahan alam ciptaan Sang Pencipta yang Maha Agung. ( killing two birds with one stone, pe kill kill ni,xbaekk laa)

Sungguh indah ciptaanMu Ya Allah. Subhanallah.




Keeratan bersama amat terasa, Terima kasih teman kerana hadirmu memutik bunga-bunga kebahagian dalam hidup ku (ecececece ayat...tak tahannn). Kenangan manis tak kan ku lupa sehingga akhir nyawa ku. Kawan Kapal Selamanya!!! Teman sejati dekattttt dihati ^^




Manyak punya sowi ya cik adek cik adek manis pasal transport, selaku AJK transport yang tak bertauliah saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Maafkan diriku yang tak sempurna ini.ehe..Lain kali g lagi nak!!

Selamat Hari Jadi Ke-22 Buat Diriku

Burung- burung berterbangan..Angin pagi bertiupan..Sang suria mula memancar menyinari alam semesta. Insan di dunia mula tersedar..Sehari lagi umur bertambah.

Salam..

Arini, 2 Mei.. Semalam 1 MEI. Birthday aku yang ke 22 hikhikhik.. Hepi bestday to eni..Hepi bestday to eni ~nada ala-ala lagu ALONG yang dinyayikan khas untuk aku daripada my beloved ummi~ hehe comellll..




Pertama-tama sekali aku nak ucapkan, jutaan lemon ucapan terima kasih kepada semua yang wish birthday aku. Ingat jugek korang kat aku. Huuu terharu.. sob sob sob..-nak hadiah!!!..miahahaha-

Tak kurang juga kat kawan-kawan aku yang siap post kan entry khas untuk aku nyer bestday walaupon dalam kekalutan mentelaah untuk last paper.hikhik. Terimas ~~ i sayang u lebeh la..sekali lagi..huuuu terharu..sob sob sob..-nak hadiah!!!..kahkahkah (cam da desperate sgt nk hadiah..matured cikit kamo dh 22 hokeyyyy)

Arigato buat yang sudi bagi aku hadiah.. hadiah berbentuk kasih sayang dan senyuman paling manis..hahaha..pe pe aku terima dengan hati terbuka.

Ermmm bila ingatkan balik ucapan daripada my sis 'Eni sis, hepi birthday to u, semoga semakin meningkatnya usia semakin meningkat la imanmu' thanks sis untuk peringatan yang diberikan. sungguh aku rindu wajah manis mu.. lame tak bersua.. sekali lagi..sedehhh.. sob sob sob..

Waaaa.. akhirnya 22 tahun aku mendiami bumi Allah yang fana, merasai segala nikmat kurniaanNya. Terima kasih Ya Allah kerana sudi menyayangi diri ini, terima kasih ya Allah kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku, Terima kasih ya Allah kerana sering bersama-sama dengan ku tak kira apa keadaan iman ku. Bukan mudah Ya Allah. berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan, kesenangan, keseronokan, kemudahan.Keindahan dunia ini menganggu ku, kemanisannya mencarik carik, merobek robek iman ku. Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMu.

Selama 22 hidupku, pelbagai suka duka,onak duri, liku-liku aku hadapi. Mungkin tak sehebat apa yang di hadapi oleh saudara- saudara Islam aku di luar sana. Tapi ini sudah cukup mencabar buat ku. Sesekali aku mengintai ketenangan di antara kekalutan, kerana keinginan tak pernah kesampaian, ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan, bangkit semula meneruskan baki perjalanan, ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan, meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar. Ku anggap kegagalan bukan satu kekalahan... TAPI satu kejayaan yang masih tertunda..( yoshh!!! eni bercemangat!!!!)

Mungkin dalam perjalanan hidupku, aku tak memenuhi segala segala segala..segala pe ek..ermmm segala kehendak segala keinginan segala harapan orang di sekelilingku..aku tak dapat jadi anak yang betol- betol berjasa dan berbakti buat kedua orang tua ku, aku tak dapat jadi kakak yang baik untuk adik-adik ku,(maafkan kakakmu ni) aku tak dapat jadi kawan yang sempurna untu teman-teman ku, aku tak dapat jadi pelajar cemerlang yang diharapkan oleh guru-guru ku.. Sesungguhnya ini lah aku.. aku apa adanya. NAMUN, aku tetap akan berusaha untuk perbaiki diri agar..Maka bantu diriku ini.

Aku tak mungkin segigih Siti Hajar yang berlari- lari antara Safar dan Marwah, aku bukan jua sesetia Ainul Mardiah yang menanti kekasih di pintu syurga, aku akui hakikat tersurat aku bukan lah seberani Siti Khadijah (walaupun nama aku Khadijah Aini), aku bukan sepintar Aisyah bukan juga bukan setegar Rabiatul Adawiyyah dan juga sekental Zinnirah wanita suci terpuji. Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa dan cukupalah sekadar aku mencontohi bunga-bunga itu, kembang indah mekar sehingga harumanya melewati pintu- pintu syurga.
Ya Allah bantu lah hamba Mu yang kerdil ini..

Semoga hari mendatang lebih cerah lebih membahagiakan..Ameem..I'm 22 now!!!