RSS

-Kepenatan Keletihan Petala Ke Lapan-

Salam,

Today is Tuesday. Arini diriku dilanda kecapekan yang capek banget.huhu..Actually hepi je arini walaupun agak letih meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang perlu menanggu segala tanggungjawab yang diamanahkan, seorang mahasiswi yang menuntut ilmu untuk kepentingan agama,diri, keluarga,bangsa dan negaraaa..ngee..InsyaAllah berjaya!harus diingat disini, wut eva u do. Do it coz sake of Allah's pleasure. Maka berbahagialah kamu di dunia dan diakhirat.

Pagi-pagi aku celikkan mate, tetibe aku terpikirkan propsal tesis ku yang belum disiap-siapkan lagi. Ni da msuk kali ke 3 aku repair- baiki aku punye propsal tu. Entoh la labu, dimanakah silapnya tapi yang pasti bukan silap ummi aku yang mengandung. Lama-lama agaknya hancus aku punyer proposal tu. Doakan kejayaan aku siapkan proposal degan jayanya.Ameen..



Then, kire-kire jam 11.45 pagi aku gerak ke campus.Diriku dan rakan-rakanku ade buat satu aktiviti yang menarik + memenatkan + meloyakan + memaksakan aku terlibat sebab nak penuhkan syarat. Huh..'Water Waste Treatment' (TSE sains Alam sekitar) ekekeke. Aku tak tau la kenape aku dipaksa relakan untuk memlaksanakan projek ni. Mungkin ada udang disebalik timbunan mee kari dan motif nye tersendiri. Mana mungkin sesuatu perkara dilakukan tanpa sebab tanpa tujuan kan. Ape yang penting. PENGALAMAN...mengumpul air buangan dari longkang yang busuk.errrr



Setelah berusaha gigih (buat-buat gigih je), balik hostel..lepas buat ape-ape yang patut, sambung wat assignment la pulak yang dah lama tertunggak. Kalo bil tepon, rasenya dah lama kene potong..muahahaha. Malamnye aku g kelas. Polymer Chem.Tyme dalam kelas tak yah cakap la. Kemengantopan tahap buoyant. Melayang entah ke mana aku punye pemikiran dan jiwa..uhuuu..penat weh..larutan gula tepu dah aku punye otak.Pastu ade kuiz la pulak.Adoiii..aku tak study pon. Aku pon main belasah je.ngeee~

Hemmm..tu la aktiviti aku pada hari ini yang membuatkan aku mengalami kecapekan yang amat sangat. Sebenarnye, aku nak kongsi di sini betapa penting nya pengurusan dan disiplin dalam kehidupan. Kalo dapat dilihat contoh paling dekat iaitu diriku sendiri, aku seolah-olah tak dapat nak uruskan kerja dan tanggugjawab aku dengan baik. Kalo ikut apa yang aku baca, kekuatan Islam itu terletak kepada 3 perkara, yang pertama IMAN kedua PERSAUDARAN dan ketiga PENGURUSAN.Banyak perkara yang boleh menyebabkan hancusnya rapuhya pengurusan. Yang paling kuat dalam diri aku, adalah kesan cucukan duri palas a.k.a sikap MALAS..miahahaha..ditambah pula dengan anasir seperti budaya suka menangguh kerja dan kurangnya disiplin yang menular dalam darah daging ku ini. Silap aku semuanya..uhukuhuk~ Maafkan lah diriku ini.

Jangan menjadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan,kerna dengan berbuat begitu bermakna anda telah menjadikan hal tersbut sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan. melalui kejadian- kejadian yang tidak menyenagkan itulah yang mengajar kita tentang nilai satu nikmat

Berusaha la sehabis baik dan berdoalah kepada yang kuasa!!!


4 comments:

Balqis said...

eniey berusaha gigih dgn melihat saja dr jauh..gigih kunun..haha~

tintaHati said...

Belajar kat kampus mana yer? Saya dengar pasal watertreatment nie memang berminat sangat. Sekarang pon mengajar subjek rawatan kumbahan :)

Oh ya salam kenal! :)

cekgu Eniey said...
This comment has been removed by the author.
cekgu Eniey said...

sy belajar kat upsi..waaa berminat ke? watertreatment ni projek utk subjek sains alam sekitar, sy ambik sem ni..projek ni mcm da start lewat sgt.da ujung sem baru nk start,jd kurang komitmen.ehe..

salam knl jgak (^_^)..sy suke bc blog cik..ekeke~

selamat bekerja n all da best...