RSS

Hari Raya..Kad Raya..Nostalgia..

Salam,

Dam dam dum bunyi mercun..Lagu raya berkumandang..biskut dan kuih-kuih raya laris di pasaran..gedung-gedung pakaian tak putus pengunjungnya.. Fenomena yang menyemarakkan lagi suasana hari raya yang bakal tiba tak kurang daripada seminggu lagi. Anda bagaimana? sudeh bersiap sediakah..hehe

Dalam kekalutan dan kegembiraan untuk menyambut hari raya, pasti ada yang berduka cita, sedih seketika memikirkan bulan Ramadahan yang mulia penuh barakah bakal meninggalkan kita. Mungkin kah kita akan ketemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang? Hanya Allah yang tahu..Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti,upgrade keimanan ketakwaan dan kesyukuran dalam jiwa hamba-hamba yang Maha kuasa.

InsyaAllah malam ini aku akan berangkat pulang ke kampung halaman yanr tercinta. Bagaimana dengan anda semua? bagi yang akan pulang ke tanah tumpah kelahiran, selamat semuanya aku harapkan. Moga dipermudah perjalanan dan selamat sampai ke destinasi. Bagi mereka yang tak dapat pulang, jangan bersedih hati. Tabahkan jiwa, ketidak pulangan mu bukan kerna saja-saja, mungkin ada kekangan yang tak dapat dielakan. Bergembira lah walau di mana anda berada di pagi mulia.

Actually, aku nak kongsi sedikit pasal kad raya. Mungkin kini kad raya kurang mendapat sambutan dihati orang perseorangan pada saat dan ketika ini. Kenapa ye? ada kawan aku cakap, dunia dah moden la eni, tak main la pos kad raya ni, Sms mms je, kalau tak pon hantar je digital kad raya melalui facebook,friendster dan sewaktu dengan nya.Lagi mudah, pantas,jimat ye tak. Tapi bagi aku kad raya itu sendiri mempunyai nilai sentimentalnye yang tersendiri.

Kalau zaman sekolah-sekolah dulu or zaman kanak-kanak la kan, tyme bulan puase dekat-dekat nak raye tu, peti surat pasti menjadi tempat paling gemar dikunjungi.huahuahua..mana la tau kan ade kawan pos kad raya. Tup Tup ade kad untuk kite tu, hati ni punya la melonjak meloncat kegembiraan.. hey hey hey dapat kad raya.Kalau tak pon ade je yang kasi dalam kelas waktu sekolah..huhuhu..pastu siap kira lagi kad raya sapa paling banyak, Then, gantung kat dinding..huuu..kenangan...

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas,

pecah kaca pecah tong
sudah baca harap gantung,

wihihihi pantun yan biasa digunakan dalam kad raye...

Dapat kad raya tak sama perasaanya dengan dapat sms or mms raya. lainnnnn...
Kad raya ni, memag khas dibeli dan dipos kan untuk kite, tapi sms or mms tu main forward-forward je..tak best sangat.kadang-kadang dapat yang same je.huhu.Tapi ape-ape bentuk ucapan, asalkan ikhlas sudehhh kan. Maknanya sender tu masih ingat kat kite..hehehe

Owkey lah...dikesempatan ini, diriku ini hendak memohon berjuta lemon kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini. Mungkin pernah melakukan kesilapan tak kira lah dari segi kata-kata, perbuatan, mahupun gangguan emosi dan jiwa secara sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya diriku ini hanya insan biasa yang tak akan pernah bebas daripada melakukan kesilapan. Maaf kan aku...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat semua.InsyaAllah~






Tahun ni dapat dua kad raya..Dah cukup hepi,pengubat hati yang nak sangat kad raye ni..hikhik..thanks cik ecah my housemate and cik Asmahani my coursemate~

5 comments:

silent_hunter said...

Selamat Hari Raya..mohon maaf dan ampun andai kata terdapat salah dan silap..hehe..

aReLaN said...

selamat hari rye.lme doh tak dpt kad rye.dok jauh,tkde org pn nk htr.wuuuu

Aishah Arisa said...

eni..kad raye eshah mno....x sbr nok tnggu smpai...muahaahahaha....
SELAMAT HARI RAYA SEMUA MY FAMILY...
moga bergembira di hari lebaran walopun tnpa diriku...keh2....
sedey2222.... :((

ummu Masyitah said...

salam cikgu eniey
esok bila dah ajdi cikgu,lagi banyak dapat kad raya.
lagi-lagi kalau ajar sekolah rendah.
tapi pengalaman akak kat U dulu, kawan-kawan sama course/kelas/hostel pun beri kad raya.tukar-tukar kad lagi.

cekgu Eniey said...

ketua:
selamat hari raya..maaf zahir batin=)

arelan:
selamat hari raya..next raye aku bagi ko mu..huhu..jgn bimbang

ecah sis:
dop sapa lagi ko..adeiiii...kad tu cute gile..mcm eni..hahaah..selamat hr rayaaaaa~

ummu masyitah:
wslm..kalo mcm tu..tak sabar nk jd cikgu..hikhik...best la dpat kad raye..mcm mn raye? selamat hr rayeeee~